Gunung Ganang
Pendahuluan tentang Gunung Ganang
1. “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) bermaksud “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” (Surah al-Nahl: 15).
2. Dalam al-Quran disebut gunung 49 kali mempunyai tujuan tertentu. Dengan bilangan sebanyak itu, sudah tentu gunung mempunyai kedudukan tersendiri dalam senarai makhluk ciptaan Allah. Kita boleh mengkategorikan pembahasan gunung dalam 49 ayat itu kepada pembahasan mengenai hakikat gunung sebagai kata kiasan; kepentingan sejarah manusia; tempat berlaku mukjizat; tempat berlindung manusia dan haiwan; penyeimbang bumi; keagungan penciptaan gunung, gambaran komposisi geologi; fakta bahawa gunung bergerak; supernatural dan nasib gunung pada hari kiamat.
3. Fungsi gunung-ganang telah dijelaskan oleh al-Quran berabad lalu sebagai lambing kebijaksanaan Tuhan. “Dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu.” (Surah Luqman;10)
4. Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan. “Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.” (Surah an-Naml;88.)
Ayat- Ayat Alquran(Dalil)
Di dalam al-Quran Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaaNya tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah :
Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia) (al-Anbiya’[21:16]).
Bumi yang luas terbentang mempunyai berbagai-bagai komponen utama yang tambah menyempurnakan susun atur alam ini. Di antara komponen yang penting kepada kewujudan alam ini ialah bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Tidak dapat dinafikan, kewujudan bukit-bukau dan gunung-ganang di serata dunia mempunyai fungsinya yang tertentu kepada kestabilan alam. Di antara fungsi segala bukit bukau dan gunung-ganang ini ialah sebagai penstabil bumi daripada sebarang gegaran.
Oleh sebab itu, para ahli kaji bumi dan ahli geologi menyarankan agar bukit-bukau serta gunung-ganang tidak diusik demi untuk menjaga kestabilan ekosistem alam. Tragedi yang berlaku di serta tempat seperti peristiwa runtuhan yang berlaku di kawasan Hulu kelang akhir-akhir ini adalah bukti kederhakaan manusia kepada fungsi bukit-bukau serta gunung-ganang. Keghairahan mengejar kemajuan serta membuat pembangunan tanpa mengambil kira susun atur ekosistem alam telah mengundang berbaga-bagai bencana alam.
Disebabkan faktor ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menetapkan garis panduan khusus yang mesti dipatuhi tentang projek pembangunan di kawasan tanah tinggi yang berisiko. Langkah ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan alam dan kesinambungan kehidupan manusia.
Ketika membicarakan tentang fungsi alam ciptaan Allah, al-Quran yang diturunkan semenjak 1400 tahun dahulu telah sedia menjelaskan fungsi kewujudan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai pasak dan penstabil bumi daripada gegaran. Firman Allah:
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (al-Naba’[78:6-7]).
Allah juga berfirman :
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (al-Nahl[16:15]).
Juga firman Allah :
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’[21:31]).
Fakta yang terkandung di dalam ayat-ayat di atas ternyata bertepatan dengan ilmu geologi moden yang mengakui kepentingan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai faktor pasak atau penstabil bumi daripada sebarang gegaran, tanah runtuh dan gempa bumi. Selain itu penemuan baru para saintis di bidang geologi dan kaji bumi juga mendapati bahawa bukit-bukau dan gunung-ganang sememangnya mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya. Ini dijelaskan oleh Raymond Siever,seorang tokong kaji bumi yang tersohor di dunia.

PANDANGAN SAINTIS
1. Profesor Siaveda adalah salah satu ahli pengkaji bumi dan beliau adalah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di dunia. Beliau mengekemukakan bahawa gunung-gunung yang terdapat di lautan dan gunung-gunung di daratan mempunyai perbezaan asasnya seperti tentang bahan-bahannya. Sedimen adalah salah satu bahan yang terdapat pada gunung-gunung di daratan manakala gunung-gunung di lautan pula terbentuk daripada batu-batu hasil kejadian gunung berapi. Gunung-gunung lautan terjadi daripada kuasa pengembangan. Manakala gunung-gunung daratan pula terhasil daripada kuasa pengecutan. Bagi gunung di lautan akarnya adalah untuk meneguhkan kedudukannya, tapi bahannya adalah panas dan tidak begitu ringan dan telah menyebabkan ianya mengembang.
2. “iaitu benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian berubah kearah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah.” Telah dinyatakan oleh salah seorang saintis German iaitu Alfred Wegener.
RUMUSAN
Kesimpulannya, al-Quran telahpun mengutarakan beberapa fakta saintifik sejak dari dahulu lagi. Kajian mengenai ilmu geologi hanya dapat diketahui apabila ilmu pengetahuan mulai berkembang dewasa ini. Kita tahu bahawa di dalam al-Quran Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaanNya tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah : “ Dan ingatlah bahawa tidaklah kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia).” ( Surah al-Anbiya’[21:16]).
Kita sebagai hamba Allah dan manusia, tidak seharusnya merosakkan sesuatu pemberian Allah itu. Seperti kebanyakkan di Malaysia, bukit ditarah menjadikan ia sebagai projek perumahan mewah yang tidak mampu di duduki oleh rakyat marhen. Ini adalah tidak bagus sama sekali. Ia hanya menyedapkan perut bagi sebelah pihak dan ia mempersiakan sesuatu bukit atau gunung ganang itu. Dan hanya segolongan sahaja mampu memperlihatkan ia.
Comments
Post a Comment